Air Soya Dan Taufu Fa Versi Agar-Agar

BAHAN A – AIR SOYA

  • Kacang soya – 300 gram
  • Kain penapis
  • Air secukupnya

CARA – CARA (Untuk Bahan A)

  1. Rendam kacang soya 3 hingga 6 jam untuk buang kulit (elakkan rasa pahit).
  2. Buang kulit dan cuci sehingga bersih.
  3. Kisar kacang soya dan air. Tapis dengan penapis biasa.
  4. Selepas itu, tapis sekali lagi menggunakan kain penapis (supaya tiada hampas).
  5. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan masukkan gula megikut citarasa. Tutup api. p/s: jangan masak lebih dari 30 minit.

BAHAN B – TAUFU FA

  • Air soya – 500 ml
  • Serbuk agar agar – 4g

CARA – CARA (Untuk Bahan B)

  1. Satukan air soya dengan serbuk agar-agar, kacau hingga mendidih. Api yang perlahan.
  2. Tutup api dan sejukkan.

BAHAN C – AIR GULA PERANG

  • Daun pandan – 1 helai
  • Gula perang – 3 sudu besar
  • Gula melaka – 1 keping
  • Air – 2 cawan

CARA – CARA (Untuk Bahan C)

  • Masukkan air, gula perang dan gula melaka. Masak dengan api perlahan.
  • Masukkan daun pandan. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.

CARA HIDANG

Air Soya letak dalam gelas, Taufu Fa campur dengan gula perang dalam bekas atau mangkuk. Sedia untuk menjamu selera 🙂