Resipi Rendang Daging Tanpa Kerisik

Resipi Rendang Daging Tanpa Kesirik

Kalau sebelum ni, kita buat Redang Ayam. Kali ini kita cuba daging pula. Resipi Rendang Daging Tanpa Kesirik boleh tengok bawah ni:

Bahan-bahan:

  • Daging – 1 kg
  • Halia – 1 inci*
  • Bawang merah – 10 ulas *
  • Bawang putih – 5 ulas *
  • Cili kering – 15 tangkai *
  • Lengkuas – 1 inci (diketuk)
  • Serai – 4 batang (diketuk)
  • Duan kunyit – 3 helai (dihiris)
  • Santan segar – 1/2 kg
  • Serbuk kari daging – 3 sudu besar
  • Asam jawa – 2 sudu besar (dibancuh)
  • Air
  • Garam 
  • Gula

* Dikisar

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari daging dan asam jawa yang telah dibancuh dengan air. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, tambah air. Masak sehingga daging empuk.
  3. Setelah empuk, masukkan santan, serai, lengkuas, garam dan gula.
  4. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau sekejap. Tutup api.