Resipi Spaghetti Aglio Olio

Resipi Spaghetti Aglio Olio

Bosan makan nasi je setiap hari, apa kata tukar citarasa beralih kepasa western iaitu Resipi Spaghetti Aglio Olio.

Bahan-bahan:

  • Spaghetti – 1 pack (direbus)
  • Udang – 15 ekor (sederhana)
  • Cendawan butang – 1 tin (potong halus)
  • Carrot
  • Lada merah besar
  • Bawang putih – 2 ulas (ditumbuk)
  • Chilli flakes – 1 sudu besar
  • Parsley – 1 sudu besar
  • Mixed herb – 1 sudu besar
  • Garam
  • Gula

p/s: boleh juga masukkan capsicum, brokolli

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cendawan butang, carrot dan lada merah besar. Gaul sekejap.
  3. Kemudian masukkan udang. Masak sekejap.
  4. Masukkan spaghetti. Gaul sebati.
  5. Masukkan chilli flakes, parsley, mixed herbs dan perasakan dengan garam dan gula.
  6. Gaul kesemuanya sebati. Siap dan sedia untuk dihidang.