Resipi Nasi Ayam Penyet

Resipi Nasi Ayam Penyet

Ayam penyet nampak macam biasa-biasa jer. Tapi bahan dan cara boleh tahan banyak juga nak kena sediakan. Boleh ikut Resipi Nasi Ayam Penyet ini.

1. Bahan – bahan untuk rebus ayam:

  • Ayam – 1 ekor (potong 4)
  • Serai – 4 batang (diketuk)
  • Kiub ayam – 2
  • Serbuk kunyit – 2 sudu besar
  • Air

CARA-CARA:

  1. Masukkan semua bahan diatas. Pastikan ayam tenggelam sepenuhnya di dalam periuk.
  2. Masak sehingga ayam empuk. Toskan.

2. Bahan-bahan untuk Perap Ayam:

  • Tepung beras – 1 cawan
  • Jintan manis – 1 sudu besar
  • Jintan putih – 1 sudu besar
  • Ketumbar – 1 sudu besar
  • Soda bikabornat – 1 sudu kecil
  • Serbuk kunyit – 1 sudu besar
  • Kiub ayam – 1
  • Air rebusan ayam
  • Lada hitam
  • Garam
  • Tauhu & tempe

CARA-CARA:

  1. Perapkan ayam, tauhu dan tempe selama 1jam sebelum digoreng.
  2. Selepas 1jam, goreng ayam, tauhu dan tempe secara “deep fry”. Goreng sehingga kekuningan/coklat.
  3. Toskan dan ketuk ayam (mengikut citarasa).

3. Bahan – bahan Untuk Sambal:

  • Bawang merah – 5 ulas (potong 2@4) *
  • Bawang putih – 3 ulas *
  • Tomato – 2 biji (potong 4) *
  • Cili merah – 3 *
  • Cili padi – 15 *
  • Belacan – 1/2 inci (optional) *
  • Gula melaka – 1 keping
  • Asam jawa – 1 sudu besar (bancuh)
  • Garam

CARA-CARA:

  1. Goreng kan bahan bertanda * seketika. Toskan. Biarkan sejuk.
  2. Selepas itu kisar semua bahan yang telah digoreng tadi.
  3. Tumis semua bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula melaka, asam jawa dan garam. Masak sehingga sebati semuanya.
  5. Siap untuk dihidang bersama nasi dan ayam.