Resipi Kerabu Maggi Thai – Seafood

Resipi Kerabu Maggi Thai - Seafood

Buat maggi bodo tu simple sangat, upgrade sikit. Buat kerabu maggi. Sedap sangat. Boleh cuba Resipi Kerabu Maggi Thai – Seafood

BAHAN – BAHAN:

  • Maggi serda – 2 paket
  • Maggi kosong biasa – 2 paket
  • Tomato – 1 biji (dihiris)
  • Bawang besar – 1 biji (dihiris)
  • Limau nipis – 2 biji (diperah)
  • Sos ikan – 1 sudu besar
  • Pes tomyam – 1 sudu besar
  • Kubis ungu
  • Daun ketumbar
  • Isi ketam
  • Udang
  • Sotong
  • Air rebusan seafood

CARA – CARA:

  1. Rebuskan maggi, isi ketam, udang dan sotong seketika. Toskan.
  2. Masukkan ke dalam bekas besar.
  3. Selepas itu, masukkan perencah, pes tomyam, bawang besar, tomato, kubis ungu, isi ketam, udang dan sotong. Gaul sebati.
  4. Perasanan dengan sos ikan, gula, air limau nipis dan air rebusan seafood (agak-agak)
  5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang.

(P/s: boleh letak cili padi jika suka pedas)