Cara Buat Laksa Sarawak

Cara Buat Laksa Sarawak

Dulu menetap di Sarawak, jadi semasa di sana, saya sempat belajar buat Laksa Sarawak. Boleh tengok Cara Buat Laksa Sarawak ini. Setakat ini saya buat, menyelerakan dan ada rasa. Kalau ada kekurangan minta ampun 🙂

1. Bahan-bahan kuah laksa:

  • Pes laksa Sarawak – 1
  • Udang – 15 ekor (sederhaana)
  • Santan – 1 cawan
  • Kiub ayam – 1
  • Serbuk kari – 1 paket kecil
  • Air – 1 liter
  • Garam/perasa
  • Gula

Cara-cara:

  1. Masukkan air 1 liter ke dalam periuk.
  2. Masukkan pes laksa Sarawak, santan, kiub ayam dan serbuk kari.
  3. Masak sehingga mendidih dan masukkann udang.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

2. Bahan-bahan sambal udang kering:

  • Bawang besar – 1 biji
  • Bawang merah – 2 ulas
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Belacan – ½ inci
  • Udang kering – 1 cawan
  • Cili kering – 10 tangkai
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Kisarkan semua bahan diatas kecuali garam dan gula.
  2. Tumis bahan yamg dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.

 

3. Bahan-bahan hidangan:

  • Bihun
  • Ayam – bahagian dada (direbus dan dicarik)
  • Tauge – dicelur
  • Telur – direbus
  • Daun ketumbar – potong halus
  • Cili padi – dihiris
  • Limau
  • Bawang goreng