Cara Buat Sos Black Pepper

Resipi Lamb Chop, Coleslaw & Mashed Potato

Bahan-bahan sos blackpepper:

  • Mentega – 2 sudu besar
  • Bawang holland – 1 biji (potong dadu)
  • Tepung gandum – 1 sudu besar
  • Air – 1 cawan
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Kicap manis – 1 sudu besar
  • Lada hitam – 1 sudu besar (dikisar)
  • Kiub ayam – ½
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega. Kemudian tumis bawang holland sehingga layu.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau supaya tidak berketul. Masukkan air.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis dan lada hitam. Masak sehingga mendidih.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Setelah semua selesai, sejukkan seketika. Kemudian, kisar bahan yang telah dimasak tadi, dan panaskn semula sebelum dihidang.
  5. Sedia dihidang dengan apa-apa sahaja. Burger, atau ayam grill, kambing grill dan lain-lain.

Untuk buat lamb chop boleh tengok artikel Resipi Lamp Chop