Roti Puri Dengan Sambal Sardin

BAHAN ROTI PURI

  • Tepung gandum – 2 cawan
  • Yis kering – 1 sudu besar
  • Majerin – 1 sudu besar
  • Susu pekat – 1 sudu besar
  • Minyak jagung/masak – 1 susu besar
  • Garam sedikit
  • Air suam- ½ cawan (tambah jika perlu)

CARA-CARA BUAT ROTI PURI

  1. Satukan semua bahan roti kecuali air. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air dan uli sekejap. Perap selama 30 minit.
  3. Selepas doh mengembang, tumbuk doh umtuk buang angin. Ambil doh dan uli. Bulatkan doh dan leperkan menggunakan 2 helai plastik.
  4. Isikan minyak dalam kuali, agak-agak supaya roti tenggelam. Goreng roti sambil curahkan minyak ke atas roti. Pastikan api perlahan.

BAHAN SAMBAL SARDIN

  • Bawang holland –  1 biji
  • Serbuk cili/cili giling – 1 sudu besar
  • Serbuk kari – 1 sudu besar
  • Sardin tin kecil – 1
  • Air
  • Garam
  • Gula

CARA-CARA BUAT SAMBAL SARDIN

  1. Tumis bawang holland sehingga kekuningan. Masukkan serbuk cili/cili giling dan serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sardin dan sedikit air.
  3. Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga mendidih.

Sedia untuk di makan 🙂