Kuih Cek Mek

BAHAN – BAHAN:

  • Ubi keledek oren – ½ kg
  • Tepung gandum – 2 hingga 3 cawan
  • Garam – ½ sudu kecil
  • Mentega – 1 sudu besar
  • Gula – 1 sudu (untuk sebiji kuih cek mek)

CARA – CARA:

  1. Rebus ubi keledek sehingga empuk.
  2. Setelah empuk, toskan ubi keledek. Lenyekkan ubi hingga hancur.

  3. Masukkan sedikit garam dan mentega. Sebatikan.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Agak – agak adunan dah lembut, jangan terlebih tepung nanti adunan jadi keras.
  5. Bentukkan adunan dan masukkan satu sudu gula.

  6. Gorengkan dalam minyak yang panas dan banyak hingga kuih tenggelam. Pastikan api perlahan supaya gula di dalam kuih cair dengan elok.
  7. Boleh diangkat apabila warna kuih bertukar coklat kekuningan. Sedia untuk dihidang.