Bahan-bahan:
- Gula putih – 1 cawan
- Air panas – 1 cawan
- Mentega – 1/3 cawan
- Tepung gandum – 1 cawan (diayak)
- Baking soda – 2 sudu kecil (diayak)
- Telur gred A– 3 biji (gred B- 4 biji)
- Susu pekat – ½ cawan
- Esen vanilla – 1 sudu kecil
Cara-cara:
- Masak gula putih sehingga cair. Masukkan air panas (berhati-hati, nanti terpercik). Ketepikan dan sejukkan.
- Cairkan mentega dan ketepikan.
- Pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu pekat. Kacau sebati.
- Masukkan mentega yang telah dicairkan.
- Kemudian, masukkan tepung gandum dan baking soda sedikit demi sedikit.
- Masukkan caramel (gula putih + air panas tadi) dan esen vanilla.
- Tapis adunan kek dan perap selama 1 jam. Sapu mentega pada loyang.
- Selepas diperap, tuang ke dalam loyang.
- Bakar pada suhu 160°C pada 20 minit pertama (api bawah sahaja).
- Selepas 20 minit, bakar kek sehingga masak menggunakan api dan bawah (cucuk dengan lidi).
p/s: setelah masak, biarkan seketika di luar oven sebelum dipotong.