Resipi Tart Nenas Gulung ( Anggaran 55-60 biji )

Resipi Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan:

  • Butter – 1 cawan/250g
  • Gandum – 3 ¼ cawan (diayak)
  • Tepung jagung – 2 sudu besar (diayak)
  • Tepung kastard – 2 sudu besar (diayak)
  • Minyak sapi – 2 sudu besar
  • Susu pekat – 3 sudu besar
  • Kuning telur – 1 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Pewarna kuning
  • Jem nenas

Cara-cara:

  1. Satukan butter, susu pekat, kuning telur, esen vanilla, minyak sapi dan sedikit warna kuning. Kacau semua bahan menggunakan senduk kayu.
  2. Kemudian masukkan 1 cawan gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Gaul sebati.
  3. Masukkan lebihan gandum sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga adunan lembut. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan tart.
  5. Taburkan gandum diatas dulang semasa menerap tart.
  6. Alaskan baking paper di atas tray sebelum letakkan tart untuk dibakar.
  7. Sapukan kuning telur dicampur dengan pewarna kuning diatas tart menggunakan berus.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 160° bakar tart pada suhu 160°C selama 25 minit bergantung pada oven. Jika permukaan tart bertukar gold, boleh sedia untuk angkat tart dan biarkan sejuk seketika sebelum diisi ke dalam bekas kedap udara.