Resipi Biskut Arab 3 Bahan Paling Mudah & Sedap

Resipi Biskut Arab 3 Bahan

Nama pun Resipi Biskut Arab 3 Bahan. Jadi 3 bahan sahaja diperlukan, sekejap je dah jadi biskut. Boleh cuba.

Bahan-bahan:

  • Minyak sapi – 250g
  • Gula castor – 1 cawan
  • Tepung gandum secukupnya
  • OPTIONAL** Susu tepung (untuk menyalut)

Cara-cara:

  1. Kacau rata minyak sapi dan gula castor.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat.
  3. Bulatkan adunan. Bakar pada suhu 160°C selama 25 hingga 30 minit.
  4. Setelah masak, sejukkan dan salut ke dalam susu tepung.
  5. Alihkan biskut ke dalam paper cup. Siap.