Resipi Udang Goreng Butter

Resipi Udang Goreng Butter

Bahan-bahan:

  • Udang – 15 ekor (belah bahagian belakang)
  • Lada sulah
  • Garam
  • Mentega – 250g
  • Susu cair – 1/2 tin
  • Daun kari – 5 tangkai
  • Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk)
  • Cili padi – 3 tangkai (hiris halus)
  • Kuning telur gred A – 2 biji

Cara-cara:

  1. Gaul udang bersama garam dan lada sulah. Goreng setengah masak. Toskan.
  2. Pukul kuning telur sekejap. Panaskan 1/2 mentega ke dalam kuali.
  3. Tuang kuning telur (lagi tinggi lagi halus serdak telur), kacau laju-laju supaya tidak berketul. P/s: kacau membulat menggunakan senduk.
  4. Setelah garing, toskan.
  5. Cairkan mentega, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. 
  6. Masukkan susu cair. Biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam dan gula.
  7. Kemudian, masukkan udang yang telah digoreng. Masak sehingga kuah agak kering. 
  8. Akhir sekali, taburkan serdak telur ke atas udang tadi. Sedia untuk dihidang.