Resipi Ayam Padphek – Sedap, Mesti Cuba

Resipi Ayam Padphek

Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata korang cuba buat Ayam Padphek. Resipi kami kongsi ini, mesti jadi. Sila ikut step ya.

Bahan-bahan:

  • Ayam – 1/2 ekor (potong kecil)
  • Bawang merah – 4 ulas *
  • Bawang putih – 4 ulas *
  • Kunyit hidup – 3 inci *
  • Serai – 2 batang *
  • Daun limau purut – 5 helai *
  • Daun limau purut – 5 helai (dihiris)
  • Cili padi – 5 tangkai *
  • Halia – 1 inci *
  • Belacan – optional
  • Asam keping – 1
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk kunyit – untuk perap ayam

* Dikisar

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit setengah jam.
  2. Goreng ayam yang diperap setengah masak.
  3. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. Masukkan asam keping.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan daun limau purut.
  6. Masak sehingga daun limau purut agak layu. Sedia untuk dihidang.