Cara Buat Taucu Kacang

Cara Buat Taucu Kacang

Bahan-bahan:

  • Bawang merah – 5 ulas *
  • Bawang putih – 4 ulas *
  • Halia – 1 inci *
  • Lengkuas – 1/2 inci *
  • Serai – 2 batang *
  • Belacan – 1/2 inci *
  • Perencah taucu – 1 sudu besar
  • Kacang panjang
  • Tomato – 2 biji ( potong 4)
  • Hati ayam
  • Pedal ayam
  • Isi ayam
  • Garam
  • Gula

* Dikisar

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan hati, pedal dan isi ayam.
  3. Masukkan perencah taucu.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga pekat.
  5. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan tomato. Kacau sekejap sahaja. Tutup api dan sedia untuk dihidang.