Cara Buat Kuih Bakar

Kuih Bakar

Bahan-bahan:

  • Daun pandan – 6 helai *
  • Santan – 2 cawan *
  • Tepung gandum – 2 cawan *
  • Gula – 1 cawan *
  • Telur gred A – 2 biji *
  • Mentega – 2 sudu besar *
  • Garam – ½ sudu kecil *
  • Esen vanilla – 1 sudu kecik *
  • Pewarna hijau – ½ sudu kecil *
  • Bijan – untuk topping *

Cara-cara:

  1. Kisar daun pandan bersama 1 cawan air. Kemudian tapiskan.
  2. Masukkan air pandan tadi ke dalam pengisar.
  3. Kemudian masukkan bahan bertanda *.
  4. Kisar kesemua bahan bertanda * sehingga sebati.
  5. Sapu mentega pada loyang. Tuangkan adunan yang dikisar tadi.
  6. Tabur bijan, dan bakar pada suhu 175°C selama 45 minit atau sehingga masak.

p/s: untuk 5 minit terakhir, bakar dengan api atas sahaja untuk hasilkan kerak.